Archive for September 2009

Kau Tak Payah Jadi Haiwan Nak Feeling Haiwan.

Okay. Semalam aku buka puasa kat NR* dengan Dora dan Aween.

Best. Aku makan nasi putih, telur dadar dan tomyam. Tapi, setiap kali aku makan kat NR, mesti ada Acok, Bucin dengan Coepan. Hehe.

So, they were like, teasing me makan dengan Dora.

Time makan, aku pun makan laa…

Tengah sedap sedap. Datang seekor kucing, penetap di NR tersebut. Kucing tu memang gemuk. Sihat gila. Lepas tu terus duduk kat sebelah Aween.

Biasalah, perempuan, takut kucing. Jadi terjerit dia sekejap.

Dia mintak tolong aku tolong halaukan.

“Ajpa, tolonglah… kucing tuuuuu…~”

Aku balas,

‘Kucing je kot…Rilek lahhh…”

Okay, ni part yang korang kena pay attention to what she SAID.

Dia suruh aku halau kucing tu.

Aku pun gunakan kaki yang ada untuk halau kucing tu sebab tangan aku tengah digunakan untuk makan nasi aku yang sedap.

Kalau aku pegang kucing tu, batallah hilanglah selera makanku. Hahah.

Kau tau dia boleh cakap kat aku apa?

“Hey! Janganlah buat macam tu kat kucing tu. Dia pun haiwan jugak. READ: DIA PUN HAIWAN JUGAK

Aku tersentap.

Aku stare kat dia sekejap.

Aku tak percaya yang dia cakap tu sebentar tadi.

Haha.

Tak sangka aku disamatarafkan dengan haiwan.

Gila ah.

Terus, Dora panggil aku Dugong.

Grrr…

 

*Kat UiTM Johor ada satu tempat untuk tempat pelajar pelajar Non Residents dekat depan Pusat Islam atau lebih dikenali sebagai masjid. Kat NR ni ada tempat duduk untuk sembang sembang, ada plasma TV, ada discussion room, ada locker locker untuk pelajar letak barang barang mereka.

Sebenarnya, Sampaikan Naib Canselor Pun Pening Nak Buat Class Bila.

Hello.

Today is a bad day.

I sent Wawa to the bus station. As the Raya is coming and so as she is going back to Sarawak.

That’s Wawa.

Thanks Wawa, you made our days in UiTM Johor actually. When we went for break fast together with Dora, Aween & Minah alone, (Faidz didn’t join because was heavily affected by the flu thus, we were afraid that we would eat his mucus instead of the foods. haha.) we missed your presence.

Kan best kalau Wawa ada…”

Okay, she isn’t dead yet.

Why I said yesterday was a bad day. Why?

Because, I was pretty upset with my class rep. When I just got back from Segamat, he texted me, asking, would I lend my laptop for the class and I just said that, okay, sabar, aku baru balik which I meant, I just arrived in Sempana Riau and need some time for cool down etc thus, I’d be a little late for class.

And then, he went into the moment of silence, I texted him again, “nak aku bawak laptop tak?”

I waited for few minutes and when there was no reply, "Okay, aku assume kau taknak, aku dah on the way pergi kelas ni,”

Okay. The feud didn’t stop there.

He texted me, “ok. aku cakap bawak kan, nasib ah, aku tak pergi class.”

I was like, how can you say nasib lah. Sampai situ okay lagi. So, here come this part.

He texted me again, “Baru balik, oh?”

What he understood by BARU BALIK is, I WAS DRIVING back to campus instead of ARRIVED. And since I knew him like, forever, I knew what was the tone of the message, it was a ‘touching’ tone. You guys know what touching is.

At that time, I was walking nearby at the lecture theatre and I felt like I want to crush my phone and just smash it off the wall. Okay, I wouldn’t do it because if I do it, I will lose my precious phone which currently stores my precious messages since when I first saw my significant half. Hehe.

And, when I was walking to the class with my juniors, I said,

“ya Allah, mengantuklah, tak tau sebenarnya kan, bila sepatutnya time yang perfect untuk buat kelas, PAGI, mengantuk, TENGAH HARI, mengantuk, PETANG, mengantuk jugak, MALAM, penat,”

Yeah right. Most of us love to miss out morning lectures because of oversleep. The afternoon & night lectures you missed when you feel lazy to go to the class.

So, when’s the time perfect time to fit in classes?

Selalu merungut je.

HAHA.

AND!

I don’t know how to show my anger actually. I tend to keep it just to myself. I don’t like to confront people. My friends have been lying to me few days back but still, I bite my tongue saying that’s okay. WTF.

Okay, see you when i see you.

I’m off.

Bye!

It’s Not Fair And It’s Really Not Okay

Hello everyone.

Hehe. Again, it’s been a long time since the last post.

The idea to write this post sparked out when my juniors came to my room yesterday. They were asking about TPT150 – Introduction to Transport’s assignment. Coincidentally, they have the same lecturer as mine, Mrs/Ms (heck I know she’s married or not. haha) Rohana.

While I was relaying the information about the course assignment to them and furnished them with my previous course works, past year exam papers and even notes just for their revision, we were talking about lecturers and how they treat the students, equally or unequally. So just to make the story happen, we agreed on one thing; some (READ: SOME) lecturers loathe or dislike Transportation students.

p/s: I’m not talking about Mrs/Ms Rohana here. She’s absolutely has nothing to do with this, okay. Be judgmental.

Undoubtedly, lecturers are to be respected because they’re the candles, providing lights to us. But, when every time you come to class and hear this and be looked exasperatedly,

Saya tak tau apa nasib saya ajar budak Transport,”

Are we that bad, and is it like a bad omen, teaching Transportation students?

Yeah I know, like Wawa said, just take it as a challenge, I know that. But then again, let’s say, you’re not like Wawa type of person who’re strong and take things heartedly, of course you’ll feel deteriorated right?

Our Transportation seniors might have done wrong in the past and there might be few cases occurred but come on, retain your professionalism. We, the new students aren’t the ones who’re suppose to get the backlashes. Don’t tend to hate people so easy, every batch encompasses new faces or even faeces (sorry if that’s harsh) and of course, they’re different. 

*sigh*

Too many lecturers disliked Transportation students already. Things gone wrong in the past?

I don’t know!

Kalau Satu Hari Aku Duduk Dalam Komuter Tu, Mati laaaa

Hallo.

Hari kedua berada di rumah. Hoho.

Semalam dapat aku jumpa sepupu aku yang photogenic tapi baru 1 tahun tu.

IMG_1567

Dia nampak aku pegang camera terus posing macam ni. haha.

IMG_1577

Gigi takde lagi tapi sengih je keje.

Okay.

Balik rumah this week lain sikit dari previous weeks. Minggu ni, aku balik sendiri.

Balik sendiri. Ye lah. Balik sendiri. Apa yang big deal sangat balik sendiri?

Haha.

Aku tak leh tido actually semalam. Mula mula ada meeting dengan Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Sempana Riau sampai pukul 12+ malam. Aduhai. Nak dapat kolej semester depan kena beli baju yang Unit Pengurusan Kolej buat. Ada apa apa jaminan ke dapat kolej? Cop aktiviti lagi. Tu tak tau ah. Pastu aku risau ada orang yang aku sayang balik rumah lambat. Sampai ke pukul 4 pagi baru dia balik. Haish. Risau betul aku.

Aku bukan apa, kalau neighborhood dia tu macam ramai orang and the neighbors dia tu concern about others, takpe. Ni kang, neighbors dah lah don’t care, pastu area tu gelap. Kang mau tak nya dia kena samun ke hape ke. Risau, risau. And since dia dengan kawan kawan dia, aku taknak lah text sounds like too worried. Well, I’m good at hiding feelings. HAHA. Crap.

Ye lah, kang kalau aku selalu text dia while dia dengan kawan dia, nanti macam too tied down pulak. Takut nanti macam kawan aku gaduh dengan gf dia, cakap takde space. Taknak la macam tu. T_T

And, lebih kurang pukul 4.00 pagi macam tu, aku text mama aku sebab aku gerenti dia dah bangun Tahajjud punya:

“Mama, boleh balik tak?”

Hehe. Aku bukan apa, last week aku dah balik. Mana tau, aku balik setiap minggu kerja perabih duit je. Tapi,

“Nak balik, balik je la,”

So, yeay. Aku boleh balik tapi memanglah kelas Microeconomics takde. Prof Ismail cancelkan sebab tak tau la dia pergi mana tapi kelas Cost Accounting aku still on, by Prof Norzian.

Aku lelap sekejap pukul 6, pukul 7 aku bangun balik. Jadi tak keruan. Aku pergi mandi, pastu dah bukak buku Cost Accounting. Ingat nak study la sikit before pergi tutorial class pukul 10 hingga 12.

HASILNYA…

Aku tertidur sampai pukul 9. Haha.

Satu kelemahan aku, aku rasa, aku kadang kadang tak fikir panjang. Boleh pulak aku change mind, kemas kemas terus balik.

SKIP COST ACCOUNTING. T_T

Gila ah. Room mate aku pun tak expect aku nak balik. Sebab aku cakap, minggu ni aku tak balik. Shit. Cakap macam Kay Lee Ng sial.

Jadi, pukul 10 aku dah menepek muka kat bus stop depan pos pengawal UiTM Johor.

Serious aku cakap kau, UiTM Johor kurang lelaki tak pun disebabkan ianya hari Jumaat, lelaki lelaki tak keluar, pergi solat Jumaat. Okay tipu. Takkanlah pagi pagi dah pergi solat Jumaat.

Kat bus stop tu ada 2 orang je lelaki termasuk aku. Seorang lagi tu budak Part One. Nampak muka Part One la. Aku tak kisah pun. Malas amik tau sangat.

Budak perempuan ramai gila kot. Aku rasa kalau ikut nisbah, 1:10.

Dah lah tuh, pak cik driver bas tu mulut berterabur pulak tu. Gila pening sial. Aku dah dapat seat kat bus stop tu, yang perempuan perempuan lain tu lantak ah nak dok sebelah dekat dengan aku ke tak. Janji aku duduk. Yang pak cik tu pulak cakap macam aku tak tau hukum;

“Lelaki, jangan duduk rapat rapat dengan perempuan, nanti ‘pick up’ dia lain sikit”

Malang sungguh suara pak cik tu lagi kuat dari volume iPod aku. Haha.

Bas gerak agak lambat. Dalam pukul 10.30 macam tu sebab tunggu penuh and aku sampai stesen KTM dalam pukul 10.50 macam tu. Aku dalam bas terfikir jugak, nak naik bas ke keretapi?

Last last, aku turun je time kat stesen keretapi sebab keretapi lagi murah dari bas. Haha. As for me lah. Aku tinggal RM40 je dalam wallet. So, have to stretch the ringgit lah.

Tambang keretapi RM16 sebab ada kad pelajar. Turun kat KL Sentral aku mengambil KTM Komuter, tambang ke Shah Alam, RM2.50. Tambang dari KTM Komuter Seksyen 19 pulang ke rumah, priceless sebab, JALAN KAKI. Hoho.

Saving gila. Kalau selalu time dulu dulu, zaman sekolah batak batak balik dari Sunway Pyramid, naik je teksi, RM3. Takpun RM4. Oleh kerana takde duit sangat, jalan kaki je. 20 minit. Total cost: RM18.50. Lagi murah dari tambang bas pulang ke Shah Alam, RM23 kot. Haha.

Tapi satu je yang aku tak suka pasal KTM Komuter.

DSC03481SESAK.

Sesak okay lagi.

Aku tau la bulan puasa tapi umat umat manusia tak perlu puasa deodorant jugak kot? Masya Allah. Kalau lama lah aku duduk kat dalam komuter tu, sure aku batal puasa punya. Sebab muntah bau orang dalam tu.

Dalam tu ada macam macam orang. So aku tak tau sape yang bau macam tu. Sumpah aku pening.

Komuter ni bawak banyak kenangan untuk aku. Dari zaman sekolah sampai sekarang. Kalau time dulu dulu, time takde kereta dulu, naik Komuter, pergi shopping baju raya dengan Ika sehari sebelum raya.

DSC03494

Haha. Gambar ni serious kelakar.

Haha. Time tu, lagi teruk dari pengalaman aku semalam. Lagi pack, bau Bangla, Myanmar, semua dalam tu.

Time aku jalan kaki balik rumah, aku lalu balik jalan yang selalu aku guna time balik sekolah dulu. Teringat zaman sekolah. Sumpah rindu gila zaman sekolah.

DSC02993 Belakang rumah Amree, Ainur, Ameerah Monisan, Syakira. :P

Sekarang aku tak suka sangat ingat zaman sekolah. Tak tau apsal. Sebab kawan kawan aku dah berpecah pecah kot. Nak ingat tak guna sangat. Ramai takde. Nak buat macam mana. Kalau hidup lama, jumpa lah. Kalau tak, kirim salam je. Haha. Itupun kalau sempat kirim salam.

Dalam kekabutan semalam, aku terlupa buku CTU aku. Padahal Isnin nak test. Tapi terlupa buku. Cepat cepat aku call Faris. Dia dah grad kan, so, mesti ada kot buku CTU Part 2. Hehe. Aku pergi rumah dia semalam, amik buku. Tapi content macam lain sikit. Tibai je ah. Takde buku dah. Kalau tak nak baca apa kan?

Kawan kawan aku tengah gaduh sekarang. Walaupun aku suka amik dasar berkecuali, tapi aku taknak ah sampai hilang sorang. :(

Tu je lah.

Lain kali aku mengarut lagi. Thanks sebab baca post yang tak best ini.

Hehe.

P/s: Bilik 24 jam UiTM Johor memang lawa. Buatkan aku rasa macam aku ni binatang dalam zoo. Orang lalu lalang stok pandang pandang orang kat dalam tu.

DSC02970 TAPI, STILL TAKDE POWER SOURCE!

Nasib baik bateri laptop aku boleh tahan 3 jam lebih. Haish.