Archive for March 2011
Hai semua.
Haha.
Aku dah dapat laptop aku balik lama dah. Cuma terlalu busy nak update. Haa, so aku update la sket-sket.
Lately, aku tetibe selalu attend wedding.
Aku tak suka attend wedding sebenarnya. Serious sh*t. SEBAB: aku selalu main kompang untuk pengantin daripada aku kecik sampai sekolah menengah dulu. So, aku dah muak makan nasi minyak, tengok pengantin, berarak keliling kampung.
Kenangan termanis main kompang? Hmm… Aku pernah main kompang kat Menara KL. Orang kahwin jugak. Aku pernah main untuk Malaysia Book of Record kat Tanjung Karang. Aku ada lagi sijil tu. Haha. Show off!
Tu je la gambar time main kompang yang ada dalam komputer aku. Versi digital punya la. Ni tak silap dah tahun akhir aku main kompang. Kalau versi kecik-kecik dulu banyak kot dalam album. Hehe.
So, tu pasal la aku tak suka sangat pergi rumah orang kahwin. Kecuali, rakan-rakan terdekat aku, abang diorang ke kakak diorang ke apa ke. Aku datang lah. Insya Allah.
Jadi, 2 minggu lepas, aku balik kampung, pakcik aku kahwin dengan buah hati dia.
Tema dia biru. Dia siap tempah lagi baju-baju untuk kitorang/penanggah pakai. Ada “Hafis <3 Seeha” kat baju tu.
Majlis kahwin kat kampung ni best. Ada macam-macam. Daripada kompang, silat, semua best. Kompang siap ada main jedur (aku rasa panggil dia jedur tak silap). Jedur ni macam gendang jugak. Tapi dia pakai pemukul gong tu. haha. Susah la nak cakap.
Gambar atas tu pakcik aku. Sebelah tu abang aku. Heh. Umur hampir-hampir. Bulan ni pakcik aku kahwin. Next two months (Mei) abang aku plak kahwin. Dah nak dapat kakak ipar dah. Haha.
Budak-budak silat ni daripada Seni Silat Sendeng Malaysia. Aku tak tau daripada mana diorang datang. Sounds so UiTM to me. Hahah. Tak silap sepupu aku pun ada perform silat untuk pakcik dia kahwin ni.
Dalam banyak-banyak orang yang sibuk kat majlis kahwin tu, sibuk lagi budak dalam gambar kat atas ni. Bukan main sibuk dia lari sana sini. Siap kuntau lagi atas bawah rumah. Haha.
Minggu ni pulak, last Saturday, aku pergi wedding abang Syakira, Fikry Effendy kat Dewan Seri Endon Putrajaya.
Tema dia merah pulak. Biru, Merah. Dua dua warna aku suka. Sangat match dua-dua color ni.
Dewan dia best. And jemputan dia pun best. Ada Aiman, Banti, Wani and ex jiran aku, Azme.
OH! Tidak lupa juga kepada si tapai yang sedap (aku makan tiga sekali gus)
Papepun, aku nak ambil kesempatan ini untuk ucap selamat pengantin baru kepada both pakcik aku and abang Fendy. Semoga anda menang di peperangan. HAHA.
Hmmm…
Tu je kot?
Nak cerita apa lagi?
You tell me?
Haha.
![]()
Posted by A.R in Ahli Mesyuarat Tingkap
Posted by A.R in Life is Good
Tajuk pun dah says everything. What more could I elaborate eh?
Kepak kamek hari tok, jalan jak. Baru jak balit daripada Istana Budaya, nangga Terima Kasih Cinta. Okay tak yah ah nak bahasa Sarawak sgt kan. Baru tau sikit dah kecoh. So aku buat post rentetan lagi untuk hari ini.
#1 – PPKP
Walaupun team aku start agak lambat tadi, tapi kitorang menang nombor satu! Fuh. Terer kan. Aku tau, penyumbang kejayaan ni aku la. Haha. Aku dapat nickname baru gak. Budak-budak ni panggil aku Prof. Gagaga. Tah kenapa tah.
Team aku nama dia Balik Pulau. Nama-nama team diberi sempena nama tempat-tempat kampus UiTM seluruh Malaysia.
#2 – Terima Kasih Cinta
Dah lepas modul tu, balik-balik daripada modul tu, busuk-busuk, pergi recruitment drive SIFE.
Meh lah join SIFE ramai-ramai!
Moja ada ajak pergi teater Terima Kasih Cinta, dia ada 15 tiket katanya. So, aku pergi je la, balik siap-siap, then Iszwan pick up aku. Masya Allah. Aku tak tau la, bagi aku, yang bukan pengkritik kritikal teater ni, aku rasa, TKC ni lembab gila nak mati sampai aku boleh tido! Nasib baik tiket tadi free, kalau bayar, nangis aku kat depan kaunter Box Office tu.
Ko boleh bayangkan tak, gambar yang kat atas ni prop dia tau. Sepanjang teater ni berlangsung, diorang pakai mende bodoh tiga ni je. Kedepan kebelakang, kedepan kebelakang. Ya Allah. Kurang menarik! Aku sebenarnya nak pakai word ‘tak best’ tapi macam tak sampai hati. haha.
Nasib baik ada dua orang lagi yang agak sama kepala walaupun tak berapa sangat. Iszwan Shah si Tuan Pengarah dan Azri si Tuan Presiden.
Balik singgah Pavilion. Makan-makan jap, pastu chow balik.
Pergh… bapak ah. Jam gila kot kat Bukit Bintang. Macam mana ah orang KL boleh tahan hari-hari macam tu? Tak faham betul aku :P
So main la snap-snap perasan bagus pegang DSLR. Ni la hasil dia. Kbai.
#3 – BBQ Rumah Husna
Dah balik daripada sana tu, pastu busuk-busuk lagi (boleh kata hari ni aku rasa macam busuk. hahaha) terus pergi rumah Husna. Haha. Lama kot tak jumpa dia sejak dia pergi Egypt. Dah kelam kabut kat Egypt tu baru dia balik. Huh. Apa daa… haha.
Atas ni gambar Husna (hujung sekali) dengan kawan Mai. Aku pun tak tau nama dia apa, Lala kot. haha. Memula masa aku datang, aku ingat budak laki tu boyfren dia, rupa-rupanya bukan. Rupa-rupanya tu adik dia. Dah la tak serupa. Tengok IC baru tau diorang adik beradik. Hampeh.
Budak kelas aku yang tak berapa kerat je datang.
So, aku sebenarnya malas nak buat post yang mindful ni. So, buat je posts yang mindless. Haha. Boleh tak mcm tu? Takde masa nak fikir-fikir ni. :P
That’s all. KOT.
That’s all lah.
Bai.
Posted by A.R
Aktiviti hari ini adalah:
#1 – Pergi bila CPL filter & tripod kat Amcorp Mall PJ. Like freaking happy right now sebab dah ada tripod, dah ada CPL filter for both of my lenses sekali! YAHOOO!!!
Superflat ke Extra Flat. Nampak macam kat Jakarta je. Haha. Mcm hazy gila!
#2 – Pergi Sunway Pyramid dengan Syed Azwan a.k.a Bem dan Sharafuddin Aizat a.k.a Shark. Aku tak pernah lepak dengan mamat ni. Nampak muka sombong je tapi sembang mcm ok je. Haha. Ok la kot. Ok.
![]()
Inilah Super BEM.
![]()
Dan ini Super Shark.
#3 – Pergi Carl’s Jr sejak sekian lama tak makan Carl’s Jr. Dapat makan Chilli Cheese Fries. Yumm…
Bem cakap “aku tengok macam aku tak akan makan makanan ni” –__-
#4 – Satu restaurant dengan Sean Kingston. HAHA.
Dia sempat la nyanyi 2-3 lagu untuk hiburkan peminat. HAHA.
#5 – Okay last sekali, dapat tengok Bem perform sekerat lagu A Thousand Miles dengan sekerat lagi lagu Not Gonna Write You A Love Song.
Itu sahaja untuk kali ini. Tak sempat lagi nak marah pasal FireFly tapi hati dah sejuk. Makin lupa pulak. Takpe, nanti tengok gambar ingat balik.
Esok aku ada modul PPKP Part 4. What a good way to enjoy my weekend kan?
Have a nice weekend!
Posted by A.R